RPH


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu
Tahun                  : 3 Amal(30 orang)
Tarikh                  : 8 Oktober 2012
Masa                   : 07.40 - 08.10 pagi(30 minit)
Tema                   : Cerita-cerita Teladan
Tajuk                    : Balasan Orang Yang Baik
Fokus Utama      : 2.1 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,ditonton,
                                   dibaca atau dialami.
                                    Aras 3:
                                    i.Bercerita dengan menggumakan sebutan intonasi yang betul dan
                                      gaya penyampaian yang sesuai.
Fokus Sampingan: 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
                                     dan tersirat.
                                     Aras 3:
                                    ii. Menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.
Objektif             : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.    Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan cerita yang dibaca.
2.    Menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan tersebut.
3.    Menyatakan pengajaran daripada cerita yang dibaca.
Nilai                  : Baik hati
KBT                  : Mengenalpasti
Ilmu                  : Pendidikan Moral
Sistem bahasa : Kosa Kata, kata ganda
BBM                 : Petikan cerita, kad imbasan, lembaran kerja


Langkah/ Masa


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 1
Set Induksi
(5 minit)

Mendengar lagu yang bertajuk”Tangan Yang Memberi”.

Mendengar dan menyanyi bersama-sama..

Langkah 2
(5 minit)

Murid membacakan petikan cerita yang bertajuk “Balasan Orang Yang Baik” dengan nada dan intonasi yang betul.


Membaca dan memahami.

Langkah 3
(5 minit)

Menjawab soalan-soalan pemahaman berpandukan petikan.


Soalan objektif.

Langkah 4
(5 minit)

Menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan.
Contoh:
adik-beradik, lemah-lembut dan senang-lenang


Pengetahuan sedia ada murid

Langkah 5
(5 minit)

Membaca contoh-contoh kata ganda dari kad imbasan.


Kad imbasan- kata ganda

Langkah 6
Penutup
( 5 minit)

Murid menggaris pengajaran-pengajaran yang sesuai berdasarkan petikan yang dibaca.


Kesimpulan pengajaran dan pembelajaran.


LANGKAH 2
Balasan Orang Yang Baik
Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang adik-beradik perempuan yang bernama Nana dan Nini. Mereka tinggal bersama ibu mereka. Ayah mereka telah lama meninggal dunia.
                        Nana seorang gadis yang malas dan sombong. Nini pula seorang yang lemah-lembut dan baik hati. Dia selalu menolong orang yang susah.
                       Pada suatu hari, datang seorang perempuan tua yang berpakaian kotor ke rumah mereka. Orang tua itu meminta sesuap nasi dan segelas air daripada Nana. Nana memarahi orang tua itu dan menghalaunya dari rumah itu.
                       Pada keesokan harinya pula, perempuan tua itu datang dan meminta sesuap nasi dan segelas air daripada Nini. Nini berasa kasihan kepada orang tua itu lalu memberinya makan dan minum sehingga kenyang. Sebelum pergi, perempuan tua itu member Nini sebentuk cincin permata. Cincin itu sangat cantik dan tinggi nilainya. Nini mengucapkan terima kasih kepada perempuan tua itu.
                        Sejak hari itu, keluarga Nini hidup dalam keadaan senang-lenang. Itulah balasan kepada orang yang berbuat baik. 

LANGKAH 5

KAD IMBASAN

sekolah-sekolah

kerusi-kerusi

kuih-muih

lauk-pauk

rama-rama

labah-labah

kura-kura

ziarah-menziarahi

terkenang-kenang

tergesa-gesa


LANGKAH 6

Meng'klik' pengajaran berdasarkan petikan.
1. Kita mestilah menolong orang-orang yang susah.
2. Kita hendaklah menghina orang-orang yang susah.
3.Kita haruslah menghargai pemberian orang lain dengan mengucapkan terima kasih.
4. Kita patutlah prihatin terhadap orang-orang yang tua dan tidak berupaya.

No comments:

Post a Comment